SELAMAT DATANG KE BLOG MINERUNGUS

Khamis, 11 Mac 2010

RENUNGAN BERSAMA

SESAL KEMUDIAN TIADA BERGUNA...

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !'

'Saya tak tahu Tuan..! '

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Mira buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu.. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Papa.. Mama... Mira tak buat lagi. Mira tak mau papa pukul. Mira tak mau jahat. Mira sayang papa.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....

'Papa.. bagilah balik tangan Mira. Buat apa ambil.. Mira janji tak buat lagi! Mira nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Mira janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..


"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Khamis, 4 Februari 2010

Kemuncak Seni SATU.   ====  http://satu-2010.blogspot.com

Isnin, 18 Januari 2010

Harmoni Itu Yang Kami Mahu!!

Terlebih dahulu selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia kepada para pembaca blog ini. bukanlah berniat untuk memajukan isu yang panas dan sensitif, hanya keharmonian yang kita mahukan. Demikaianlah isi hati seluruh rakyat di negara ini. Dalam pada itu, saya dengan sepenuh hati dan rasa rendah diri ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia umumnya dan khususnya seluruh Suku Kaum Rungus di Sabah agar berfikiran positif dan mementingkan keharmonian diantara kaum.

Pada dasarnya, majoriti kaum Rungus di Kudat Sabah adalah beragama Kristian dan Pagan. Hanya segelintir sahaja yang beragama Islam dan lain-lain. sehubungan dengan itu, tentu ramai yang tercalar hatinya apabila berita tentang peristiwa pembakaran gereja yang berlaku beberapa hari yang lalu. Walaubagaimana pun, saya dengan ini ingin menyeru seluruh suku kaum Rungus yang beragama Kristian agar ingatlah kepada Tuhan. Perkara seumpama ini bukanlah dikehendaki olrh seluruh rakyat di negara ini. Hal ini hanya perbuatan segelintir manusia yang fanatik dan telah sesat akal fikiranya. Oleh itu, janganlah diambil sebagai suatu permulaan kepada masalah perkauman mahupun isu agama. Biarlah polis dan pihak berkuasa yang menyelesaikanya. Janganlah kita mengeruhkan lagi keadaan dengan perbuatan yang hanya menambahbodohkan kita.

Disamping itu, marilah kita bersama-sama mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan kita rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Ingatlah, tiada agama yang mengajar umatnya untuk berbuat jahat. Marilah kita bersama-sama merealisasikan seruan yang amat berhormat Perdana Menteri untuk mewujudkan Satu Malaysia yang harmoni.

Jumaat, 15 Januari 2010

Suku Kaum Kita RUNGUS Di Sabah

Seruan 1 Malaysia oleh yang amat berhormat perdana menteri amatlah baik untuk kita hayati bersama. selama ini, seluruh suku kaum di Sabah yang terdiri daripada 44 jenis kaum tetap hidup dengan harmoni dan penuh dengan persefahaman. Namun, disebalik keharmonian itu, pernahkah kita berfikir tentang perpaduan dalam kalangan suku kaum Rungus itu sendiri? Suatu ketika dahulu, Rungus adalah kaum yang hanya tahu untuk mencari rezeki untuk keluarga sendiri atau lebih tepat lagi kais pagi makan pagi. Namun pada masa kini, telah ramai daripada anak-anak Rungus yang telah berjaya manjadi guru besar,pegawai kerajaan, malah jutawan yang berjaya. Walau bagaimana pun, apa yang menyedihkan ialah apabila kita lehat kembali tempat setiap suku kaum Rungus itu sendiri. yang kaya dan mampu kini telah berhijrah ke bandar. Manakala yang tidak mampu masih lagi menjalankan kehidupan rutin yang diwarisi dari dahulu di kampung yang masih mundur dengan segala kemajuan dari segi infrastruktur dan serab serbinya. Malahan x keterlaluan jika kita katakan bahawa masih lagi ada remaja kita yang belum pun mengenal apa itu televisen di zaman yang serba membangun ini. Hal-hal yang seumpama inilah yang menyedihkan apabila mengenangkan kehidupan suku kaum Rungus di sabah. Mengapakah tidak kelihatan konsep 1Malaysia itu di sini? Sebab jika benar 1 Malaysia, mengapa kita kaum Rungus tidak bersatu untuk meminta apa yang telah dikatakan dan dijanjikan kerajaan sebagai hak kita sebagai rakyat dalam negara yang satu ini? Kemanakah menghilangnya pemimpin-pemimpin Rungus yang berhujah bagaikan halilintar dalam pilihanraya? Dimanakah wakil rakyat? Jika kita pergi ke tempat lain yakni ke semenanjung sekalipun, bukan sahaja kurang malah belum ada lagi yang kenal perkataan Rungus itu sendiri. Mengapa perkara ini demikian jika benar kita dalam satu Malaysia. oleh itu, satu seruan kepada seluruh bangsa Rungus di Sabah, BERSATULAH UNTUK MEMAJUKAN BANGSA KITA, sekian.

Cari Blog Ini

Pengikut